Monday, September 10, 2012

Terengganu dan Johor

Masalah dalaman yang kini membelenggu dua pasukan pantai timur yang digeruni iaitu Terengganu dan T-Team kini menghadapi situasi yang membimbangkan. Dengan kes Muslim dan Ismail Faruqi serta Sharbinee yang sangat tidak berpuas hati dengan Jurulatih peter Butler telah merencatkan perkembangan pasukan terengganu. Manakal pasuka kelab T-Team pula dilihat mengalami kemerosotan sejak akhir-akhir ini dan ada desas desus mengatakan akan dibubarkan kelab tersebut masih menjadi persoalan menjelang sepak mula Liga malaysia 2013 kelak. Dengan kedua-dua pasukan juga telah tersingkir awal, ini merupakan satu tamparan buruk buat pengurusan Persatuan bolasepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh....Selain itu skuad johor FC juga dikhabarkan akan dibubarkan untuk meninggalkan satu kelab sahaja iaitu Johor yang kini dalam proses pemulihan. Terbaru papan tanda di Johor telah terpampang iklan supaya rakyat Johor memberi sokongan kepada pasukan negeri Johor atau Harimau Selatan.

No comments:

Post a Comment