Monday, June 24, 2013

ADAB BERKAITAN WALIMAH

Walimah disyariatkan oleh Islam bertujuan untuk meraikan hari pernikahan seseorang. Walaubagamanapun majlis tersebut mestilah diselenggara dengan baik supaya kedua-dua belah pihak akan beroleh pahala dari ALLAH S.W.T. Berikut adalah antara adab-adab semasa walimah atau dalm bahasa sekarang resepsi:-

  1. Mengutamakan Niat, maksudnya disini niat yang menjurus kearah kebaikan semata-mata kerana ALLAH insyaALLAH akan beroleh pahala dan barakah dari -NYA.
  2. Bersederhanaan itu lebih afdhal semasa majlis walimah. Jangan dibebankan dengan hantaran yang banyak dan hidangan yang berlebihan kelak mengundang pembaziran. 
  3. Bersikap adil tatkala menjemput tetamu. Jangan memilih-milih tetamu. Sabda Rasulullah S.A.W " Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah yang diundang hanya untuk orang kaya, sedangkan orang fakir tidak dijemput"
  4. Menjauhi pergaulan bebas semasa majlis walimah amatlah dituntut. Wajib kepada orang yang diundang untuk tidak hadir ke majlis yang bercampur dengan perkara maksiat dan tidak ada dosa baginya jika tidak hadir.
  5. Hukum memenuhi jemputan adalah wajib kerana dengannya akan tersemai perasaan kasih dan sayang sesama tetamu dengan orang yang menjemput.

No comments:

Post a Comment