Monday, June 24, 2013

Liga FAM 2013: Match #18

PBAPP FC 2-0 Tentera Darat
Harimau Muda C 3-0 Kuantan Port
Melaka 2-1 YBU FC
Cebagoo FC 1-7 Pulau Pinang
Kuantan FA 1-2 PB Melayu Kedah

Pulau Pinang yang telah mengesahkan tahta Juara Liga FAM 2013 telah membelasah Cebagoo FC dengan jaringan 7 berbalas 1. Sementara iru Waterboys juga berjaya menundukkan Tentera Darat FC dengan jaringan 2 gol tanpa balas. PB Melayu Kedah mengejutkan Kuantan FA 2-1 manakala Melaka  membenam cabaran Perak YBU FC dengan 2 gol berbalas 1.

1.PENANG FA #51
2.PBAPP FC #35
3.TENTERA DARAT #32
4.HARIMAU MUDA C #31
5.KUANTAN FA #29
6.MELAKA FA #29
7.TUMPAT FA #15
8.KUANTAN PORT FC #14
9.CEBAGOO FC #14
10.PB MELAYU KEDAH #14
11.PERAK YBU FC #10

*Pasukan berhuruf gelap layak ke Liga Perdana 2014

ADAB BERKAITAN WALIMAH

Walimah disyariatkan oleh Islam bertujuan untuk meraikan hari pernikahan seseorang. Walaubagamanapun majlis tersebut mestilah diselenggara dengan baik supaya kedua-dua belah pihak akan beroleh pahala dari ALLAH S.W.T. Berikut adalah antara adab-adab semasa walimah atau dalm bahasa sekarang resepsi:-

  1. Mengutamakan Niat, maksudnya disini niat yang menjurus kearah kebaikan semata-mata kerana ALLAH insyaALLAH akan beroleh pahala dan barakah dari -NYA.
  2. Bersederhanaan itu lebih afdhal semasa majlis walimah. Jangan dibebankan dengan hantaran yang banyak dan hidangan yang berlebihan kelak mengundang pembaziran. 
  3. Bersikap adil tatkala menjemput tetamu. Jangan memilih-milih tetamu. Sabda Rasulullah S.A.W " Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah yang diundang hanya untuk orang kaya, sedangkan orang fakir tidak dijemput"
  4. Menjauhi pergaulan bebas semasa majlis walimah amatlah dituntut. Wajib kepada orang yang diundang untuk tidak hadir ke majlis yang bercampur dengan perkara maksiat dan tidak ada dosa baginya jika tidak hadir.
  5. Hukum memenuhi jemputan adalah wajib kerana dengannya akan tersemai perasaan kasih dan sayang sesama tetamu dengan orang yang menjemput.

PENAWAR MUSIBAH

Imam Abu Al-Farj Ibnu Al-Jauzi telah menggariskan penawar bagi mereka yang terkena musibah:


  1. Hendaklah ia menyedari bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan bukan untuk bersenang-lenang
  2. Hendaklah seseorang itu meyakini semua ujian itu adalah ketentuan ALLAH
  3. Harus melihat musibah yang lebih besar yang menimpa orang lain untuk menjadikan diri kita mudah bersyukur dan redha
  4. Hendaklah yang ditimpa musibah itu mengharapkan ganti yang lebih baik daripada ALLAH
  5. Hendaklah yang ditimpa musibah itu mengharapkan pahala dari ALLAH diatas kesabaranyya
  6. Memahami musibah itu adalah kehendak ALLAH  untuk memberikannya yang lebih baik dari yang sebelumnya
  7. Menganggap musibah yang berlaku merupakan rahmat dan kasih sayang dari ALLAH
  8. Memahami musibah yang menimpa diri bukan untuk selamanya

Sumber:Majalah Al-Islam | Disember 2012