Sunday, April 21, 2013

Motogp 2013 : Marquez menang dengan bergaya dan rekod

Marc Marquez telah memecah rekod sebagai satu2nya pelumba yang berjaya menjurai satu perlumbaan MotoGP dalam usia yang sangat muda iaitu 20 tahun. Kemenangan ini telah mengatasi rekod yng selama ini dipegang oleh Freddie Spencer. Marquez memimpin kedudukan pelumba dan berkongsi mata dengan Lorenzo yang mendapat tempat ketiga dibelakang Pedrosa. Sementara itu dalam Moto2 pula ketiadaan Pol Espargaro yang terjatuh di lap ke-16 telah memberi peluang untuk Nicolas Terol menjuarai perlumbaan. Kedudukan pelumba diterajui oleh Scott Redding dengan 31 mata. Sementara itu perlumbaan Moto3 pula terpakda dijalankan dengan 2 perlumbaan apabila RED FLAG dikibarkan. Perlumbaan disambung dan dimenangi oleh Alex Rins. Pelumba negara Zulfahmi mendapat tempat ke-7 dan menghuni di kedudukan ke-6 keseluruhan.

No comments:

Post a Comment