Max Biaggi telah membuktikan status sebagai'kuda tua' tidak menghalangnya untuk terus menjadi Juara Superbike tahun 2012 dan ianya adalah kali kedua dia bergelar Juara Dunia SBK selepas melakukannya pada tahun 2010. Max Biaggi berjaya menyekat Tom Sykes yang memacu jentera Kawasaki dengan hanya perbezaan 0.5 mata sahaja untuk max Biaggi bergelar Juara Dunia buat kali keenam sepanjang penglibatannya dalam arena perlumbaan motosikal. Max Biaggi merupakan Juara Dunia 250GP sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1994, 1995, 1996 dan 1997. Juara SBK 2010 dan 2012. Berdasarkan rekod Max Biaggi lebih cemerlang apabila dia memacu jentera Aprillia dengan 5 tahta Juara Dunia yang dimilikinya adalah dengan mesin Aprillia.
source:max-biaggi.com
No comments:
Post a Comment