Saturday, February 25, 2012

SUKAN: CARDIFF CITY 'BERTERBANGAN DI AWAN BIRU'

Cardiff City tampil sebagai pasukan underdog dalam kejuaraan Piala Carling apabila berdepan Gergasi Merah Liverpool yang pastinya mencari sesuatu yang bermakna musim 2011/2012 ini. Kelab Wales, Cardiff City tidak akan memberi laluan mudah kepada Liverpool yang dibarisi pemain bintang. Kali terakhir mengecap kejayaan ialah pada tahun 1927 menerusi Piala Liga. Datuk Chan Tien Ghee berasal dari malaysia selaku pengerusi kelab berkenaan pastinya terbit rasa puas hati dengan pencapaian pemain-pemainnya sepanjang kempen Piala Carling. Pertemuan di Stadium Wembley akan menjadi detik sejarah bagi kedua-dua kelab dengan pertembungan dua 'Gerrard' iaitu Anthony Gerrard bermain dengan Cardiff City dan sepupunya Steven Gerrard dari Liverpool.


No comments:

Post a Comment