Saturday, September 24, 2011

RED GIANTS dan SANG KENARI mula bernafas.....

Setakat ini dalam perlawanan kelima, hanya 6 pasukan sahaja yang berjaya menempah tiket ke suku akhir iaitu Juara Piala FA 2011 Terengganu, Juara bertahan Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, dan dua pasukan berstatus kelab iaitu T-Team dan FELDA United. Sementara itu dua pasukan gergasi Selangor dan Kedah dipaksa bertarung sehinggan perlawanan terakhir untuk merebut dua slot ke suku akhir. Dimana Selangor akan bertemu Kuala Lumpur di Shah Alam sementara Kedah akan melayan kunjungan Perak.


Keputusan perlawanan Selangor yang memebelasah PDRM 4-1 semalam seolah-olah menunjukkan yang para pemain tidak sebulu dengan jurulatih K.Devan. Hanya kemenangan mengatasi Kuala Lumpur pada malam selasa ini menjadi penentuan samada 'Misi 33' Selangor akan menjadi realiti. Bagi pasukan Kedah pula yang pernah menjuarai Piala Malaysia dua tahun berturut-turut kemengan semalam mengatasi Sabah walaupun tipis 1-0 dirasakan mamadai.Hanya kemenangan dengan Perak dalam jumlah jaringan yang besar sahaja mampu meralisasikan impian Kedah ke suku akhir dengan harapan Sabah tumbang atau seri dengan Johor.

No comments:

Post a Comment