Friday, August 12, 2011

FANA CINTAKU

Adakala kita mudah terleka walaupun kita sentiasa berjaga-jaga,
Anda ketikanya kita terlalu berhati-hati lain pula jadinya,
Saat tak pernah menunggu penantian kita,
Berakhirnya rasa itu tersemat dalam jiwa sentiasa,
Adakah masih ada waktu bagi kita,
Untuk mengikis karat-karat mazmumah?
Atau terlambatkah kita untuk mengilaukan jiwa?
Semua itu rahmat dari Yang Maha Esa,
Dalam mencorakkan kehidupan kita...

Kasih terlalu berahsia,
Sayang terlebih memuja,
Cinta itu buta,
Ini semua kah dalangnya?
Atau mainan perasaan bersangkutan dengan semasa?
Mampukah kita mencernakan kesemuanya..
Tersulam indah bak purnama,
Siang ia hilang,
Malam ia muncul dengan keindahan yang sunyi,
Mahukah kita?

Saat langkah mula diatur,
Perkemaskan tapak,
Supaya tidak tersungkur dimamah bumi...

Nukilan: Glowman | 2011

No comments:

Post a Comment