Saturday, August 13, 2011

PETANDA AKHIR ZAMAN

Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman
Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.
Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah mene­rangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.
Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih meng­gembirakan.
Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata," dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
...kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)
Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)
Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.

Friday, August 12, 2011

FANA CINTAKU

Adakala kita mudah terleka walaupun kita sentiasa berjaga-jaga,
Anda ketikanya kita terlalu berhati-hati lain pula jadinya,
Saat tak pernah menunggu penantian kita,
Berakhirnya rasa itu tersemat dalam jiwa sentiasa,
Adakah masih ada waktu bagi kita,
Untuk mengikis karat-karat mazmumah?
Atau terlambatkah kita untuk mengilaukan jiwa?
Semua itu rahmat dari Yang Maha Esa,
Dalam mencorakkan kehidupan kita...

Kasih terlalu berahsia,
Sayang terlebih memuja,
Cinta itu buta,
Ini semua kah dalangnya?
Atau mainan perasaan bersangkutan dengan semasa?
Mampukah kita mencernakan kesemuanya..
Tersulam indah bak purnama,
Siang ia hilang,
Malam ia muncul dengan keindahan yang sunyi,
Mahukah kita?

Saat langkah mula diatur,
Perkemaskan tapak,
Supaya tidak tersungkur dimamah bumi...

Nukilan: Glowman | 2011

Wednesday, August 10, 2011

CAKRA DALAM TUBUH BADAN MANUSIA

CAKRA-PERKATAAN INI DIAMBIL DARI BAHASA INDIA. PUSAT PENGALIRAN TENAGA YANG DAPAT MENJALANKAN KESEIMBANGAN TENAGA DALAM MANUSIA.

1)CAKRA DASAR (MULADHARA)
TERLETAK DI DASAR PUNGGUNG.MERUPAKAN TUNJANG SELURUH TENAGA.MEMBERI TENAGA, MENGENDALIKAN SERTA MENGUATKAN BADAN, OTOT,KUALITI DARAH DAN ORGAN DALAMAN.LAMBANG CAKRA INI BERWARNA MERAH. ELEMEN CAKRA INI IALAH TANAH.ORANG YANG MENGALAMI MASALAH INI GEMAR MELAKUKAN SEKS BEBAS DAN MELIHAT GAMBAR-GAMBAR GHAIRAH.

2)CAKRA SEKS (SVADISTANA)
MENEKANKAN ASPEK SEKSUAL.TERLETAK PADA ORGAN SEKSUAL.LAMBANG BERWARNA OREN.MENGENDALIKAN DAN MEMBERI TENAGA KPD PINGGUL, ORGAN REPRODUKSI DAN SALURAN BENIH. ELEMEN AIR. MASALAH CAKRA INI:-FIKIRAN YANG KACAU DAN PEMAKANAN YANG TIDAK TERATUR.

3)CAKRA SOLAR PLEKSUS (MANIPURA)
BERPUSAT DALAM PERUT.LAMBANG BERWARNA KUNING.MENGENDALIKAN TENAGA PADA HATI, PANKREAS, LAMBUNG, USUS BESAR DAN KECIL.ELEMEN CAKRA INI IALAH API.MASALAH CAKRA INI IALAH:-MASALAH KELUARGA, SENTIASA FANATIK DAN KURANG MENYAYANGI KELUARGA.

4)CAKRA JANTUNG (ANAHATA)
BERPUSAT DITENGAH DAN DIHADAPAN DADA. MEMBERI TENAGA PADA JANTUNG, KELENJAR TIMUS DAN SISTEM PEREDARAN DARAH.LAMBANG BERWARNA HIJAU MUDA.ELEMEN ANGIN. MASALAH:-PERASAAN TAK TENTERAM,TAK ADA KEPERCAYAAN DIRI DAN KURANG RASA CINTA.

5)CAKRA TENGGOROKAN (VISUDDHA)
BERPUSAT DITENGAH LEHER.MEMBERI TENAGA PADA LEHER,TIROID,PARA TIROID DAN SISTEM LIMPATIK.LAMBANG BERWARNA BIRU.ELEMEN BUNYI.MASALAH:-TIDAK BERMORAL,CAKAP KASAR,FANATIK DAN MEROKOK.

6)CAKRA AJNA
BERPUSAT DIANTARA KEDUA-DUA ALIS MATA.MEMBERI TENAGA PADA KELENJAR DIBAWAH OTAK,ENDOKRIN.LAMBANG BERWARNA UNGU KEBIRUAN (VIOLET).ELEMEN CAHAYA.MASALAH:-BANYAK BERFIKIR, SAKITI DIRI SENDIRI DAN ORANG LAINDAN TABIAT NEGATIF.

7)CAKRA MAHKOTA (SAHASRARA)
BERPUSAT DIBAHAGIAN UBUN-UBUN KEPALA.MENGENDALI DAN MEMBERI TENAGA PADA KELENJAR PINEAL,SISTEM SARAF, OTAK DAN KESEIMBANGAN KIRI DAN KANAN. LAMBANG BERWARNA PUTIH.ELEMEN PEMIKIRAN DAN KEROHANIAN.MASALAH:-KURANG PERCAYA PADA TUHAN.