Sunday, June 26, 2011

Kubur Pesawat Boneyard

Kawasan ini terletak bertentangan dengan Pengkalan Udara Davis-Monthan yang mana ianya diuruskan oleh Pusat Penjagaan dan Pembangunan Aeroangkasa Ke-309 (AMARG) yang menempatkan beribu-ribu  bangkai pesawat di kawasan gurun di Tucson, Arizona.Dianggarkan sebanyak 4,400 pesawat yang disembur dengan cat putih memberikan suasana dan pemandangan yang agak menyeramkan sekiranya kita melihat dari ruang udara.Keluasan kawasan ini ialah 1,000 hektar bersamaan dengan 1,430 buah padang bola sepak.Pembinaan kawasan ini pada April 1946, yang mana fungsi utamanya ialah untuk menyimpan kapal terbang kargo dan pesawat pengebom Perang Dunia Kedua.Para pelancong boleh membuat lawatan ke perkuburan ini dengan menaiki bas dan dikenali sebagai 'Boneyard Tour' manakal tambang pula dikenakan sebanyak AS$7 bagi dewasa dan AS$4 bagi kanak-kanak.

Sesetengah pesawat cuma diletakkan dan akan terbang semula tetapi peratusan untuk kekal di perkuburan itu adalah 80%. Dianggarkan sebanyak 350,000 item sedia dibekalkan sebagai alat ganti pada bila-bila masa sahaja.AMARG juga bertindak membaikpulih pesawat hingga ia boleh terbang semula atau menyediakan kemudahan bagi memindahkan pesawat berkenaan malalui jalan darat.AMARG bukanlah pemilik mutlak pesawat-pesawat di situ sebaliknya ia milik muzium-muzium penerbangan seperti Muzium Kebangsaan Tentera Udara AS, Muzium Kebangsaan Penerbangan Laut, serta Muzium Angkasa dan Penerbangan Udara Kebangsaan Smithsonian.Tanah keras yang meliputi kawasan gurun ini memiliki lapisan tanah liat dibawahnya dan ini membolehkan pesawat ditarik dan diletakkan pada posisinya tanpa perlu membina landasan simen atau konkrit.Badan pesawat juga dilapisi dengan cat pelindung berwarna putih bagi menghalang hakisan.


No comments:

Post a Comment