Sunday, May 19, 2013

Kabinet Trofi Penang FA


Tahun ni InsyaALLAH kalau diizinkan Tuhan kabinat ni akan tambah satu piala lagi-Liga FAM 2013

#Liga FAM'13: Match 13 & 14 Report

19 Mei 2013, Ahad- Telah berlangsung perlawanan ke-13 dan ke-14 bagi Liga FAM. Kita mulakan dengan keputusan seri diantara PB Melayu Kedah yang menerima kunjungan Tumpat FA yang menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing hebat dengan masing2 meledak 3 gol untuk keputusan seri di Stadium Mini Jitra. Pasukan PBAPP pula dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Harimau Muda C di Stadium Bandaraya. Sementara itu di Ipoh pula Kuantan Port berjaya mengikat tuan rumah Perak YBU dengan keputusan seri 1-1. Pasukan pilihan Pulau Pinang berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila membelasah Tentera darat dengan jaringan 5-2 di Padang Bolasepak Batu Kentomen. Manakala pasukan Kuantan FA berjaya menewaskan pasukan dari negeri dibawah bayu, Cebagoo FC dengan jaringan tipis 1-0. Setakat ini saja laporan saya untuk match ke-13 dan 14 liga FAM. Perlawanan seterusnya ialah pada 26 Mei 2013.
Pulau Pinang v YBU FC (Stadium Bandaraya, 4.45pm)
Harimau Muda C v Kuantan FA (Pdg Wisma FAM, 4.45pm)
Melaka v PBAPP FC (Stadium Hang Tuah, 4.45pm)
Cebagoo FC v PB Melayu Kedah (Komp Sukan UMS, 4.15pm)
Tumpat FA v Tentera Darat (Stad Sultan Muhd IV, 8.45pm)

Sumber: https://www.facebook.com/penangpanthers?hc_location=stream

Wednesday, May 15, 2013

CHELSEA JUARA UEL 2013!!!



JUARA EUROPA LEAGUE 2013 TELAH MENJADI MILIK CHELSEA YANG MENEWASKAN BENFICA PADA PERLAWANAN AWAL PAGI TADI. ARENA AMSTERDAM MENJADI SAKSI KEHEBATAN YANG DITUNJUKKAN OLEH BEKAS JUARA UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012 ITU DENGAN JARINGAN AWAL OLEH FERNANDO "THE MASK" TORRES (WALAUPUN TAK PAKAI MASK..HEHEH). SELEPAS ITU BENFICA MENYAMAKAN KEDUDUKAN MELALUI JARINGAN PENALTI OLEH OSCAR CARDOZO....PADA MASA TAMBAHAN, IVANOVIC MUNCUL HERO CHELSEA APABILA TANDUKKAN KERAMATNYA MENERJAH SUDUT TIANG GOL DAN MEMBUATKAN PENJAGA GOL BENFICA TERGAMAM SEKETIKA.

sumber grafik: Malaysia Blues Army | fb & FOOT + HD

AFC Champions League Scoreboard





Download Link:-
Zippyshare

Monday, May 13, 2013

PES2013 Complete kitset

Saya baru update yang terbaru punya kit templates yang telah saya masukkan semua jenama kit seperti Puma, Adidas, Nike, Under Armour dll beserta dengan sponsorship. boleh download link kat bawah ni:-
PES2013 Complete kitset


Saturday, May 11, 2013

ATM,LionsXII,JDT bersaing hebat

Terengganu 2-2 Pahang
Felda 0-1 ATM
Lions XII 3-0 T-Team
Johor DT 3-1 PKNS


Nampaknya perebutan tiga tangga teratas kini berlegar-legar diantara Lions XII, ATM dan JDT. Adakah Lions XII akan terus memimpin carta dan seterusnya memenangi Liga Super Malaysia.......atau dipintas oleh ATM dipenghujung saingan. Satu episod yang menarik. Kelantan, juara bertahan seharusnya mencari ramuan terbaik untuk menggegar di musim hadapan. Manakla Selangor pula masih belum mencapai prestasi terbaik. Kekalahan JDT kepada Perak dan ATM telah menyukarkan perjalanan mereka untuk mengecap trofi Liga namun kemenangan ke atas PKNS pastinya menyuntik semangat untuk sekurang-kurangnya berada dalam kedudukan Top 3.

Wigan Juarai Piala FA tundukkan Man Blue

Kemenangan yang diraih Chelsea menentang Aston Villa telah menjamin tempat mereka dalam UCL tahun depan. 2gol dari SUPER FRANKIE telah merekodkan dia kini dianggap lagenda baru bagi kelab Chelsea apabila mengatasi rekod 202 gol yang dibuat oleh Bobby Tambling. Sementara itu gol minit-minit terakhir oleh Ben Watson telah menghadiahkan trofi Piala FA kepada Wigan Athletic, penantian 81 tahun berakhir tanpa trofi. Pengurus Man City dikhabarkan akan dipecat dan akan digantikan oleh Pengurus Malaga, Manuel Pellergini.

Wednesday, May 8, 2013

#MATCH 12 REPORT: LIGA FAM 2013

Keputusan Penuh perlawanan LigaFAM 2013 MATCH 12
08 MEI 2013

Melaka FA 2-0 Cebagoo FC
PBAPP FC 2-1 Tumpat FA
Tentera Darat 3-0 YBU FC
• PBM Kedah 0-0 Shahzan Muda
Kuantan FA 3-2 P.Pinang FA


NAMPAKNYA MISI PENANG FA KE LIGA PERDANA MASIH TERTANGGUH. KUANTAN FA BERJAYA MELEBURKAN REKOD TANPA KALAH PENANG FA. TETAPI REKOD TANPA KALAH TUAN RUMAH MASIH ADA.HEHEHE.PERLAWANAN KE-12 NAMPAKNYA PASUKAN TUAN RUMAH MENCAPAI KEMENANGAN KECUALI PBM KEDAH YANG SEKADAR SERI TANPA JARINGAN DENGAN SHAHZAN MUDA. BERIKUT KEDUDUKAN CARTA TERKINI BAGI MATCHDAY #12:-
 sumber: LigaFAM

AFF SUZUKI CUP : AUSTRALIA JOIN, CHINA JEMPUTAN

SAYA PASTI SEMUA PEMBACA DAH TAHU BERKENAAN PASUKAN KEBANGSAAN AUSTRALIA TELAH DILETAKKAN DALAM KOMUNITI ASEAN DAN INI MELAYAKKAN AUSTRALIA UNTUK BERTANDING DALAM AFF SUZUKI CUP. PASUKAN KEBANGSAAN CHINA MERUPAKAN PASUKAN JEMPUTAN YANG AKAN MENYERTAINYA. INI TIDAK MENGHAIRANKAN KERANA JEPUN JUGA PERNAH DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI COPA AMERICA SEBAGAI PASUKAN JEMPUTAN. TIADA PUSINGAN KELAYAKKAN DIMANA SEMUA PASUKAN NEGARA ASEAN TERLIBAT YANG DIBAHAGIKAN DALAM 3 KUMPULAN. JUARA DAN NAIB JUARA KUMPULAN LAYAK KE SUKU AKHIR BERSAMA DUA PASUKAN TERBAIK TEMPAT KETIGA KUMPULAN.

Tuesday, May 7, 2013

Disaat aku terfikir akan ini.....

Akhirnya tamat juga Pilihanraya Malaysia Ke-13 dimana Barisan Nasional masih lagi diberi 'Peluang' menyambungkan pemerintahan mereka lagi 5 tahun. Kepada pihak Pakatan Rakyat..kalah dan menang adat pertandingan. Kita sebagai umat islam kena banyak redha. Perjuangan mesti diteruskan walaupun ianya memakan masa beribu tahun.
"TERUSKAN PERJUANGAN SAYA SELEPAS SAYA TIADA" TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT...
 Barisan Nasional sepatutnya lebih sedar peratus pengundian rakyat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 2008 BN mendapat 140 kerusi Parlimen tetapi tahun 2013 ianya telah kehilangan 7 kerusi. Dimana kita lihat PR telah berjaya menambah 7 kerusi semuanya dari DAP. Pihak tertentu kena buat post-mortem lepas ni. Segala kekurangan dan kelebihan mestilah dikaji sedalam-dalamnya samada ianya akan meninggalkan impak atau musibat.