Sunday, June 26, 2011

Jom Konvoi V MPSJ Terengganu 2011





Jom Konvoi MPSJ ke Terengganu 2011 telah bermula pada 28hb April 2011 bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Petaling.Disini setiap motosikal telah diperiksa dengan teliti oleh pihak berwajib iaitu JPJ (dengan senyuman dan lirikan manja).kami mula bergerak ke MPSJ keesokkan harinya pada jam 0600am.acara berkonvoi bermula pada 0630am selepas makan pagi.


Konvoi ini seterusnya berhenti di Kem 12 RAMD Mek untuk diberi pendedahan mengenai tragedi sebenar black hawk down dan demonstrasi menaiki Kereta perisai ADNAN.Kami tiba di kampung Seberang Pintasan Dungun jam 1830pm dan acara penyerahan anak angkat pon bermula.Pada 30hb April 2011 kami telah menjalankan aktiviti riadah ke Air Terjun Chemerong untuk membuat kerja amal jariah sebagai belia. Pada malam harinya acara taklimat oleh pihak AADK dan PEMADAM(kami dah jadi duta pemadam!).


Acara sukaneka dan sukan rakyat mengambil tempat pada 01hb Mei 2011. Dimana konvoi kami tewas dalam semua sukan kecuali tarik tali.Berbagai acara dipertandingkan antaranya futsal,boling kelapa,lari dalam kain batik dll. Konvoi kami mula bergerak pulang pada 02 Mei 2011 bermula jam 0900am.Kami tiba di pejabat SUK Kerajaan Negeri Selangor pada jam 1730pm.Menteri Besar Selangor telah merasmikan penutupan majlis ini.Insyaallah untuk ride sponsor tahun depan akan kami sertai lagi...JOM KONVOI!!!

Kubur Pesawat Boneyard

Kawasan ini terletak bertentangan dengan Pengkalan Udara Davis-Monthan yang mana ianya diuruskan oleh Pusat Penjagaan dan Pembangunan Aeroangkasa Ke-309 (AMARG) yang menempatkan beribu-ribu  bangkai pesawat di kawasan gurun di Tucson, Arizona.Dianggarkan sebanyak 4,400 pesawat yang disembur dengan cat putih memberikan suasana dan pemandangan yang agak menyeramkan sekiranya kita melihat dari ruang udara.Keluasan kawasan ini ialah 1,000 hektar bersamaan dengan 1,430 buah padang bola sepak.Pembinaan kawasan ini pada April 1946, yang mana fungsi utamanya ialah untuk menyimpan kapal terbang kargo dan pesawat pengebom Perang Dunia Kedua.Para pelancong boleh membuat lawatan ke perkuburan ini dengan menaiki bas dan dikenali sebagai 'Boneyard Tour' manakal tambang pula dikenakan sebanyak AS$7 bagi dewasa dan AS$4 bagi kanak-kanak.

Sesetengah pesawat cuma diletakkan dan akan terbang semula tetapi peratusan untuk kekal di perkuburan itu adalah 80%. Dianggarkan sebanyak 350,000 item sedia dibekalkan sebagai alat ganti pada bila-bila masa sahaja.AMARG juga bertindak membaikpulih pesawat hingga ia boleh terbang semula atau menyediakan kemudahan bagi memindahkan pesawat berkenaan malalui jalan darat.AMARG bukanlah pemilik mutlak pesawat-pesawat di situ sebaliknya ia milik muzium-muzium penerbangan seperti Muzium Kebangsaan Tentera Udara AS, Muzium Kebangsaan Penerbangan Laut, serta Muzium Angkasa dan Penerbangan Udara Kebangsaan Smithsonian.Tanah keras yang meliputi kawasan gurun ini memiliki lapisan tanah liat dibawahnya dan ini membolehkan pesawat ditarik dan diletakkan pada posisinya tanpa perlu membina landasan simen atau konkrit.Badan pesawat juga dilapisi dengan cat pelindung berwarna putih bagi menghalang hakisan.